Kau pernah sangka yang kau harus lalui pelbagai kerenah manusia?
Kau pernah sangka yang kau akan percayakan dan sayangkan manusia yang muncul dalam hidup kau?
Sudah berakhir semester tiga bagi aku. Setahun lebih aku mengenali orang baru yang hadir dalam hidup aku. Aku pernah membuka cerita tentang mereka. Cerita indah dan kenangan yang telah terpahat di hati. Semua itu sudah berlalu. Pahit datang menyinggah di ruang hati dan minda antara kami semua. Siapa sangka pertelingkahan antara kami semua akan berlaku.
Mengapa harus kita terus berdiam? Sampai bila harus kita berdiam? Mengapa kita harus berpisah? Sampai bila harus kita berpisah? Tak terlintaskah difikiran bahawa kita semua saling memerlukan?
Ada juga aku berkecil hati dan kecewa saat di antara mereka membohongi aku, membutakan mata pada apa yang telah aku lakukan pada mereka, tetapi itu semua hanya aku yang rasa dan mungkin mereka fikir aku manusia tanpa perasaan yang boleh diperbodohkan. Aku terima. Aku masih sabar. Aku cuba menghargai mereka lagi kerana hidup aku tidak seperti mereka.
Mereka yang punya kawan atau sekumpulan kawan yang sangat ramai untuk dikongsi semua rasa, untuk menceriakan hari mereka kembali dan datang saat mereka susah. Mereka beruntung. Mereka tak perlu rasa sakit apabila tiada teman untuk berbicara kerana mereka masih dapat berhubung walaupun jauh.
Aku. Tidak seperti mereka semua. Setiap apa yang aku lalui, setiap apa yang keluar dari mulut mereka, setiap apa yang mereka lakukan untuk kecewakan aku, setiap pembohongan yang mereka lontarkan, dan setiap apa yang dibalas oleh mereka, aku tetap buat biasa. Aku tetap ingin berbaik tetapi mereka terus terusan menolak aku jauh.
Mungkin dalam hidup kita harus sedar yang Allah tetap akan kirimkan insan untuk bersama kita susah dan senang. Cara kita berhadapan dan cara kita untuk menghargai dia. Manusia harus sedar dunia ini ada naik turun jauh dekat keadaannya, jika kita tak bersyukur pada insan yang pernah berada dalam hidup kita, sekali Allah menariknya kita terseksa. Kita mungkin akan terus bertahan tetapi aku yakin, saat kau bersendirian, hati kau meronta dan menangis.
Bersyukurlah dengan apa yang Allah kirimkan kepada kita. Mungkin kita belum jelas tentang apa hikmah disebalik semua ini. Terus berdoa. Terus bersabar.
Semoga dibuka pintu hati. Semoga diberi petunjuk. In shaa Allah.
Selamat bercuti. Terima kasih. Maaf salah dan silap. Jaga diri.
NnabilahR :)