Sekarang kau dah senang. Semua orang nak bersama dengan kau. Semua orang akan cari kau. Semua orang bergantung harap dengan kau.
Apabila kau ditimpa kesusahan. Semua orang bagaikan tidak mendengar. Semua orang bagaikan butakan mata. Semua orang mula cari jalan bahagia masing masing.
Manusia mesti akan berkata,"Kenapa tak cakap kau perlukan sesuatu?" "Kenapa bila susah kau nak cari aku?" "Sekarang kau baru sedar kau perlukan aku?"
Manusia berkata begitu kerana mereka tak sedar yang orang itu dahulunya banyak menolongnya perkara kecil. Manusia takkan nampak perkara kecil itu sebagai pertolongan. Mereka akan nampak apabila orang itu tiba tiba muncul dan mengharapkan sesuatu darinya.
Pernah sedar tak bahawa orang yang ingin meminta pertolongan itu ada rasa serba salah dan ada rasa malu?
Mereka akan berfikir sejuta kali untuk meminta pertolongan sehinggalah betul betul terdesak.
Tiba masa terdesak, mereka tak dapat untuk menyimpannya dan mereka luahkan.
Pada ketika itulah, tiada siapa akan menolongnya dan terus terusan mencari kesalahannya.
Manusia. MANUSIA. Manusia.
Hati semua lain lain. Semua berbeza beza. Apa yang seseorang itu pendam takkan kita ketahui.
Susah senang seseorang jangan dipersoalkan. Setiap masalah dan bahagia datang dari Allah. Kadang kala Allah kirimkan seseorang yang sentiasa bersama kita untuk senangkan hidup kita. Kadang kala Allah mahu kita bersabar menempuh sesuatu dengan tabah seorang diri. Rahsia Allah, kita tidak mengetahuinya.