Orang pernah berkata bahawa yang sesuatu kita lepaskan itu takkan sama yang kita akan terima.
Aku mula sedar apa yang terlalu nilai yang telah aku lepaskan. Menyesal aku sekarang tiada guna lagi. Masa begitu pantas mengubah segalanya. Hati dan perasaan yang sering kali berubah punca keputusan yang tidak tepat berlaku. Kadang kala kita tak mampu membuat apa apa untuk puaskan hati orang. Dia hanya nampak pada apa yang dia nampak. Dia hanya percaya pada siapa yang ingin dia percaya.
Pada aku sesuatu yang nilainya tinggi takkan ada yang dapat diganti. Kehilangan yang sering berlaku kadang kala berbeza jalan ceritanya yang kita tempuh. Ada jalan ceritanya yang buat kita lebih kuat dan ada jalan ceritanya yang buat kita terus terduduk lemah tak berdaya. Semua cerita yang kita tempuhi itu ada punca mengapa ia terjadi.
Apa yang pergi tak sama apa yang aku terima sekarang. Apa yang aku harapkan sekarang adalah satu, iaitu apa yang aku terima sekarang mungkin dapat memberi kita lebih bahagia jadi bertahanlah. Sabar kuat tabah, itu semua kunci untuk dapat bahagia. Dunia ada percaturannya sendiri. Dunia yang kita lalui ini punya kisah yang sudah tertulis. Terus bertahan.
NnabilahR :)