Pernahkah terbayang di minda anda bagaimana seseorang itu melalui hidupnya?
Pernahkah bermain di kepala anda apa yang pernah terjadi pada seseorang itu?
Setiap orang ada cerita hidup mereka sendiri. Mereka pernah lalui kisah paling sedih. Mereka pernah lalui kisah paling bahagia. Mereka pernah lalui pelbagai kisah yang mereka sendiri tak tahu apa perasaan yang dapat digambarkan. Apabila kita mula mengenali seseorang, kita akan cuba akan korek tentang kisah kisah dia dahulu. Kita cuba untuk mendalami hidupnya. Kita cuba untuk membandingkan hidupnya dengan hidup kita. Apabila kita sudah mula meyayangi seseorang, kita akan cuba untuk megetahui tentang keluarganya. Kita cuba untuk ambil berat. Kita cuba untuk menanyakan pelbagai soalan tentang orang orang yang rapat dengannya.
Seseorang ada cara mereka sendiri untuk menangani masalah. Seseorang itu diuji megikut kemampuannya. Setiap apa yang berlaku di muka bumi ini sudah tertulis. Apa yang harus kita buat, berdoa, berserah, berusaha dan terus kuat. Kita pernah terfikir yang hidup kita teruk dari orang lain, tetapi sebenarnya ada yang lagi teruk dan tragis dari hidup kita. Hidup yang kita lalui sekarang tak pernah cukup bagi kita. Kita sentiasa mahukan lebih. Kita sentiasa mengharapkan sesuatu yang kita sukar untuk mendapatkannya. Kita sentiasa mengeluh melalui liku liku hidup ini.
Apabila kita sudah mengenali seseorang, sedikit demi sedikit kita akan tahu tentang hidupnya. Sedikit demi sedikit, kita cuba faham dia. Sedikit demi sedikit, kita akan menjadi rapat dengannya. Sedikit demi sedikit, apa yang kita lalui pasti kita akan mencarinya untuk berkongsi masalah. Sedikit demi sedikit, persahabatan yang telah terikat sukar untuk diputus.
Orang pernah berkata, 'Sejauh mana kita pergi, kenangan pasti mengekori kita.'
Apa apapun yang kita jalani dalam hidup ini sebenarnya mematangkan kita. Jangan pernah rasa letih dan penat di dunia ini. Cuba berdiri. Bangkitlah walaupun hati masih bersedih.
Maafkan diri ini.
Diri ini sentiasa menyusahkan hidup orang lain.
Diri ini sentiasa mengharapkan belas kasihan dari manusia.
Cukuplah.
Maafkan aku.
NnabilahR :)