Monday, 16 September 2013

Kepercayaan dan Kesetiaan

Adakah anda terfikir yang anda akan percaya pada seseorang?
Adakah anda terfikir yang anda akan setia pada seseorang?
Adakah anda terfikir yang anda akan percaya dan setia pada seseorang?

Pernahkah anda tahu bahawa percaya dan setia saling berkait rapat?
Pernahkah anda tahu bahawa bila adanya percaya seterusnya pasti ada setia?
Pernahkah anda tahu bahawa dalam satu hubungan itu pasti ada percaya dan setia?

Kita manusia. Apabila kita sudah menjalinkan hubungan dengan seseorang kita pasti akan mahu untuk mengenalinya dengan lebih dalam. Kita akan mengambil masa sebulan atau setahun untuk mengenali seseorang, bila kita sudah benar benar mengenalinya pasti timbul rasa percaya. Kita mula percayakan dia, kita mula rapat dengan dia, kita mula berkongsi segala galanya dia. Kawan. Itulah sebenarnya istilah kawan. Apabila kita sudah mengenali dan mempercayakan dia, kita mula setia dengan dia. Kita mula pertahankan hubungan antara kita dan dia. Kita cuba sedaya upaya tak nak renggang dengan dia kerana kita tahu untuk mencari seorang kawan yang telus dan ikhlas berkawan dengan kita bukan sesuatu yang mudah.

Percaya dan setia. Dua dua berkait rapat. Walaupun apapun berlaku kita sanggup setia dengan dia kerana kita tahu dia tiada ganti, tiada siapa seperti dia atau mungkin kita takkan jumpa orang sepertinya lagi. Hidup mengajar kita pelbagai benda. Hidup mengajar kita untuk mengambil masa untuk percaya seseorang dan akhirnya setia pada dia.

Kita seharusnya bersabar jika dia semakin lupakan kita. Kita seharusnya terima hakikat yang kadang kala kawan datang dan pergi begitu sahaja tetapi mereka masih mengingati kita. Pasti kerana lama kelamaan dia pasti akan muncul kembali kepada kita. Pasti dan yakin. Kenangan silam akan mengingatkan mereka tentang cerita yang pernah kita ukir bersama dia. Jangan pernah berhenti berdoa, doalah yang mereka akan sentiasa ingat kita dan tak pernah lupa tentang kita.

Hidup aku. Aku cuba untuk percayakan dia dan aku cuba untuk setia dengan dia. Aku cuba pertahankan perhubungan antara aku dan dia. Kawan. Teman. Sahabat. Mereka yang banyak menolong aku tetapi kini satu persatu telah hilang bagaikan sudah melupakan aku. Aku cuba kuat tanpa mereka. Aku cuba tabah tanpa mereka. Aku cuba terus tersenyum tanpa mereka. Aku yakin suatu hari nanti pasti Allah akan kembali saat indah yang kami pernah lewati dulu. InsyaAllah.


Untuk awak, Terima Kasih kerana masih setia dengan saya.
Terima Kasih sanggup korbankan masa awak.
Terima Kasih sanggup layan kerenah saya.
Terima Kasih kerana tak pernah mengeluh dalam perhubungan ini.
Terima Kasih.


Alhamdulillah.

Jangan pernah berhenti berdoa.
Jangan pernah berputus asa.
Jangan pernah rasa keseorangan.
Yang Maha Agung sentiasa bersama kita.
Yang Maha Esa sentiasa mengharapkan kita.

NnabilahR :)