Saturday, 24 August 2013

Hilang

Adakah anda pernah terbayang yang barang yang sudah lama anda inginkan akan hilang begitu sahaja?
Adakah anda pernah terlintas yang barang yang anda teramat sayang akan lesap begitu sahaja?
Adakah anda pernah terfikir yang hidup anda akan menjadi suram disebabkan sesuatu barang yang hilang itu?

Barang lama takkan pernah sama dengan barang yang baru.
Walaupun namanya tetap sama, bentuknya tetap sama, warnanya tetap sama, tetapi isi dalamnya takkan pernah sama. Sekalipun takkan pernah sama. Baru akan tetap baru. Lama akan tetap lama. Kenangan yang tercipta tetap akan menjadi kenangan. Seperti manusia juga, bila seseorang itu hilang atau pergi dari hidup kita, kita tetap akan merinduinya. Selalu membayangkan dia. Selalu inginkan dia kembali. Selalu terbayang kenangan lama yang tercipta. Biarlah datang beribu orang yang sama muka atau sama nama, dia tetap mahukan yang dulu kerana dia tahu yang dulu takkan sama yang baru. 

Orang pernah berkata, berikan atau lepaskan sesuatu yang kita sayang kerana mungkin ada yang lebih termanis yang kita akan dapat atas pemberian kita itu.

Aku tak pernah terbayang yang kejadian itu akan berlaku sekelip mata sahaja.
Aku tak pernah terbayang yang situasi itu akan berlaku sedetik sahaja.
Aku tak pernah terbayang yang benda itu akan terjadi.

Air mata terus mengalir bila sesuatu yang kita sayang lesap begitu sahaja.
Air mata tak mampu berhenti mengalir saat kejadian terlintas difikiran.
Air mata tak mampu bertahan. Ia akan terus mengalir, mengalir dan mengalir.

Aku cuma inginkan isi di dalamnya.
Aku cuma inginkan kenangan yang telah terpahat di dalamnya.

Aku rindu kenangan yang telah disimpan rapi di dalamnya.
Aku rindu. Aku sedih. Aku perlukan ia.

Lama tetap lama. Baru tetap baru. Lama dan baru masing masing ada cerita mereka sendiri. Hanya seseorang yang tahu menilainya akan tahu menghargainya, akan tahu betapa pilunya apabila sesuatu itu hilang dari hidup kita.

Lama tiada ganti. Baru tiada pengganti. 
Hargailah ia apabila masih ada.

Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.
Jangan pernah kecewa dengan apa yang orang lain ada.

Terus bertahan.
Allah bersamamu. 

NnabilahR :)