Monday, 12 August 2013

Ketika itu . . . Kini . . . Itulah hidup.

Aku masih ingat lagi kali terakhir aku berkongsi cerita di alam maya ini.
Ketika itu, aku berada di luar negara, duduk di bangku taman, melihat ke arah awan, mencari cari sinar cahaya matahari di waktu petang, menghayati angin petang yang sejuk dan menyamankan aku.
Ketika itu, idea untuk aku menaip sesuatu di sini keluar mencurah curah bagaikan air hujan yang takkan berhenti sehingga takdir yang menentukannya untuk berhenti.
Ketika itu, aku terpaksa menahan rasa rindu, mampu berdoa, dan terus tersenyum sedangkan hati menangis menahan satu kesakitan yang perit.

Kini.
Aku kembali.
Kembali ke alam maya ini.
Terlalu banyak yang aku lalui sebelum ini.
Teramat banyak.

Kisah senang dan susah.
Tak semua aku ceritakan.
Mungkin lebih banyak aku pendam.
Aku terlalu banyak berahsia dari bercerita.
Aku terlalu banyak berdiam dari bersuara.
Aku terlalu banyak tersenyum dari ketawa.
Aku terlalu banyak memendam dari meluahkan.

Lalui liku liku kehidupan yang kita sendiri tak tahu bagaiman jalannya yang sebenar.
Kita hanya mampu mengharunginya melalui detik masa dan waktu.
Kita hanya mampu mengharapkan yang indah.
Kita hanya mampu berdoa agar hari hari yang dilalui dipermudahkan.

Aku sudah terbiasa hidup dengan berdiam.
Aku sudah terbiasa hidup mengingati apa yang dikata manusia kepadaku.
Aku sudah terbiasa hidup dalam duniaku yang sepi dan suram.
Aku sudah terbiasa hidup menangisi kisah kisah lama.
Aku sudah terbiasa hidup berjalan seorang diri sambil melihat tanah yang aku pijak.
Aku sudah terbiasa melihat ke arah awan yang sebenarnya bergerak seiring denganku.
Aku sudah terbiasa mengatakan aku 'okay' dan senyum.

Hidup aku tak semanis hidup orang lain.
Jarang sekali untuk aku menceritakan kisah sepenuhnya tentang hidup aku ini. 
Aku akan menceritakan sedikit, selebihnya biarlah aku simpan.

Maafkan diriku kerana terlalu banyak buat salah dan silap.
Maafkan dirku kerana terlalu kasar.
Maafkan diriku kerana tidak tahu untuk memulakan bicara.
Maafkan diriku kerana terlalu banyak diam.
Maafkan diriku kerana aku tak mampu menjadi kawan, sahabat, teman yang sebaik baiknya.
Maafkan diriku.

Adakah kita percaya mimpi kita akan menjadi kenyataan?
Mungkin ya jika terus mengejar dan belajar untuk mencapainya.
Mungkin tidak jika kita hanya terus bermimpi dan tidak belajar untuk mengubahnya.

Teruskan hidup dengan senyum yang ikhlas di wajah.
Bahagialah bersama orang di sekeliling kita.
Hargailah orang yang berada di sekeliling kita.
Bersyukur dengan apa yang ada di sekeliling kita.

Saya sayang awak.
Aku sayang kau.

Saya cinta awak.
Aku cinta kau.

Terima kasih atas segala galanya.

:)

NnabilahR :)