Thursday, 23 May 2013

Seseorang

Pernahkah kita terfikir kehadiran seseorang itu memberi bahagia kepada kita?
Pernahkah kita terfikir yang seseorang itu sanggup menerima kita seadanya?
Pernahkah kita terlintas bahawa seseorang itu akan terus berada dengan kita waktu kita susah dan senang?

Kita tak pernah tahu apa yang ada dalam hati seseorang. Kita hanya dapat melihat dari luaran seseorang sahaja. Kadang kala kita pasti akan terpedaya dengan kata kata seseorang. Kata kata yang mungkin mencairkan kita. Kata kata yang mengatakan dia baik baik sahaja. Kata kata yang dia kuat. Kata kata yang saya akan lupakan dia. Kata kata tu hanya dapat menyedapkan hati orang disekeliling, tetapi bukan hati kita sendiri. Kadang kala kita selalu bermain dengan perasaan. Kita kata kita okay, dasarnya tidak. Kita kata kita kuat, dasarnya tidak. Hati yang menyimpan segala galanya. Hati. Hati. Hati.

Perasaan. Apa yang kita rasa. Apa yang orang lain rasa. Semua orang ada perasaan. Kita dianugerahkan untuk merasai, rasakan bahawa dunia ini indah seindahnya.

Kita boleh kecewa tetapi jangan terlalu kecewa. Kita boleh percaya pada seseorang tetapi jangan terlalu percaya. Kita boleh sayang pada seseorang tetapi jangan terlalu sayang.

Perpisahan tetap ada dalam kehidupan. Berpisah. Terpisah. Itu lumrah kehidupan semua orang.

Terus tersenyum :)
                                              
NnabilahR :)