Apa anda akan buat bila rumah tiada penghuni kecuali anda?
Apa anda fikir bila rumah sunyi tanpa satu suara?
Persoalan di atas bukan untuk menakutkan kamu semua tetapi persoalan di atas membuatkan anda berani. Jangan berasa takut. Cuba tenang dan fikirkan kerana suatu hari nanti pasti anda akan keseorangan. Semua orang akan merasai kesunyian dan ketika itulah masa untuk mengenal diri dan muhasabah diri. Mungkin anda rasa anda terlampau mengenal diri sendiri tetapi kenapa anda tidak buat perkara yang anda suka selain keluar berjalan. Anda akan sering merungut, 'bosan', 'tak ada benda nak buat', 'nak tidurlah'. Pernah terlintas tak di fikiran anda untuk mencuba sesuatu yang baru dengan duduk dan melayari internet? Mungkin tidak, mungkin ya.
Semua manusia diberi waktu dan masa yang mencukupi untuk diisi dengan perkara yang dapat membuatkan diri anda bahagia. Walaupun masa itu singkat bagi anda, tetapi ia telah menciptakan satu kenangan untuk anda. Contohnya, anda hanya mampu bersua dan bertemu dengan kawan anda untuk beberapa minit sahaja, bagi anda itu tidak memadai langsung. Sebenarnya, masa yang singkat itulah meberi sejuta maksud yang anda tidak tahu. Pernah anda terfikir anda akan terjumpa dengan kawan yang sudah lama anda tidak berhubung dengan dia?
Sejujurnya, aku suka tinggal seorang diri daripada tinggal dengan orang lain. Aku boleh lakukan apa sahaja yang aku ingin lakukan. Aku mampu dan aku boleh! :)
Untuk mengenal diri anda, sering seringlah duduk sorang sorang.
Okaaaayyy, jangan buat!
Saya hanya berkata kata sahaja.
Jangan ambil serius.
Bila anda tinggal sorang, ingatlah bahawa Allah bersama anda.
Dia peneman dan pelindung anda yang paling setia.
Terus tersenyum :)
*MAAF! coretan kali ini agak merapu dan merepek. :D
NnabilahR :)