Sunday, 21 April 2013

Nak. Tak Nak.

Semua orang nak rasa gembira.
Semua orang nak rasa disayangi.
Semua orang nak rasa dirindui.
Semua orang nak rasa diri mereka disanjung tinggi.

Semua orang tak nak rasa ditinggalkan.
Semua orang tak nak rasa kesedihan.
Semua orang tak nak rasa hidup bersendirian.

Apa kita boleh buat untuk mengubah apa yang kita nak dan tak nak? Mungkin tiada apa yang dapat diubah jika takdir hidup kita sudah tertulis begitu. Orang selalu kata, 'Nak, tak nak, kau harus pergi.' 'Nak, tak nak, kau harus buat.' 'Nak, tak nak, kau harus kuat.' Mereka mungkin tak rasa apa yang kita rasa tetapi mereka hanya mampu memberi dorongan dan sokongan kepada kita. Saat ada orang berkata begitu, hati kita pasti rasa ingin memarahinya atau terus menangis di depannya jika ketika itu kita menghadapi cerita sedih dalam hidup kita.

Orang lain tidak pernah tahu apa yang terbuku di hati kita. Orang lain tidak tahu apa yang kita simpan di dalam hati kita. Orang lain juga tidak faham apa yang hati kita rasa. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu.

Kita tidak berhak untuk menghalang sesiapa untuk tinggalkan kita dan kita langsung tidak pernah mengharapkan seseorang itu untuk tinggalkan kita. Apakan daya, jalan hidup seseorang sudah tertulis di atas sana. Kita hanya mampu berdoa agar kita terus kuat dan tabah mengharungi hari tanpa dia. Kita sedaya upaya melawan perasaan sedih tetapi kita tidak sedar dalam kita melawan itu pasti air mata turut temani kita. Sedih dan air mata takkan pernah dan tidak boleh dipisahkan. Kita tetap akan menangis, menangis dan menangis.

Setiap cerita yang aku coretkan di sini, ada seribu satu cerita disebaliknya tetapi aku tidak mampu membuka cerita sebenar. Aku hanya mampu coretkan cerita dan kata kata untuk aku terus kuat.

Sabar, Syukur dan Doa.

'Terus tersenyum :)'

NnabilahR :)