Saturday, 16 March 2013

Bersua kembali.

Rasanya kalau baca dari tajuk pun dah tahu apa isi kandungan cerita aku kan. Jadi, tak usah aku membuka cerita lagi.

.......
.......
.......

Ohhh, dah lama aku tidak hadirkan diri untuk menulis cerita kehidupan dalam alam maya ini. Banyak masa aku habiskan bersama novel novel yang tersayang. Menghayati, merasai dan mentafsir sebuah kehidupan yang penuh dengan liku liku tetapi penghujungnya tetap ada bahagia. Itulah kisah kehidupan yang sudah dibukukan. Sebenarnya, kehidupan kita sebagai manusia ini juga sudah tertulis dan masing masing ada jalan ceritanya, cuma kita tidak tahu apa penghujung hidup kita. Tiada siapa tahu selain Allah. Hanya Allah tahu. Dia Maha Mengetahui yang tersembunyi mahupun yang jelas.

'Hidup selalu buat manusia menangis, tetapi hidup juga buat manusia ketawa.'

Kita sebagai manusia tak pernah tahu apa yang akan terjadi dalam masa 1 minit, 1 jam, 1 hari, 1 minggu, apa yang kita tahu adalah merancang, merancang dan merancang. Pelbagai rancangan dalam kepala otak kita. "Aku nak buat ini" "Aku nak buat itu" "Aku nak pergi sana" "Aku nak pergi sini". Semua kita nak buat, semua tempat kita nak pergi kalau boleh, tetapi ketentuan menguasai segala galanya. Ketentuan. Perkara yang pasti dan tentu akan terjadi. Itu semua telah diaturkan oleh Yang Maha Kuasa.

'Sejak kita empat bulan dalam kandungan lagi, Allah telah menulis takdir, jodoh,  dan ajal kita. Semuanya dalam satu buku.'

Pemikiran manusia sebenarnya terbatas. Kita tak boleh ingat banyak benda dalam satu masa. Kalau ada yang mampu pun, itu semua kuasa Allah. Sekarang aku sedar, segala pergerakan yang kita lakukan ini atas kehendak Allah. Anggota badan kita semuanya pinjaman, jika salah satunya tak dapat berfungsi dengan baik, itu semua kehendak Allah. Kaki kita yang berjalan ini pun, atas kehendak Allah. Aku sedar.

'Semuanya milik Allah, tiada yang kita punya.'

Aku berkongsi cerita ini dari pengalaman yang aku alami selama aku menghilangkan diri. Pelbagai liku kehidupan aku lalui dan sekarang aku tahu, setiap titisan air mata kita pasti akan diganti dengan sebuah kegembiraan yang kita tak sangka sangka. Percayalah. Itulah kehidupan aku.

Aku terus berpegang pada kata kata yang aku cipta sendiri,
Terus bangkit walaupun banyak kali terjatuh. Jangan Putus Asa !

Aku harus kuat menjalani mainan dunia ini untuk mendapatkan kehidupan yang selamat di akhirat kelak.
InsyaAllah.

NnabilahR :)