Monday, 18 February 2013

Pengkongsian

Memandang sudah lama tak blog ini dibiarkan jadi saya mengambil keputusan untuk berkongsi sesuatu yang lebih bermanfaat. Kongsi dan sebarkan. Semoga pengkongsian ini dapat memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik. InsyaAllah. :)

Azab Meninggalkan Solat Fardhu.
Zohor - Dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam.
Asar - Dosanya sama seperti meruntuhkan Baitullah ( Kaabah di Masjidil Haram)
Maghrib - Dosanya sama seperti berzina dengan ibu dan bapanya sendiri.
Isyak - Allah tidak redha tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan minum dari nikmat-Nya.
Subuh - Sekali meninggalkannya di masukkan ke Neraka selama 30 tahun di Akhirat (bersamaan 60,000 tahun di dunia)

15 Azab Meninggalkan Solat.
6 Semasa hidup di dunia.
3 Semasa menghadapi mati.
3 Semasa di dalam kubur.
3 Semasa di hari kiamat.

6 Semasa hidup di dunia.
- Allah mengurangkan berkat umurnya.
- Allah tidak mempermudahkan rezekinya.
- Allah menghilangkan cahaya di wajahnya.
- Tidak mempunyai tempat dalam Islam.
- Amal kebajikannya tidak mendapat pahala.
- Allah tidak akan menerima doanya.

3 Semasa menghadapi mati.
- Mati dalam keadaan hina.
- Mati dalam keadaan lapar.
- Mati dalam dahaga walaupun diberi minuman yang banyak.

3 Semasa di dalam kubur.
- Allah akan menyempitkan kuburnya.
- Allah akan mengelapkan kuburnya.
- Allah akan menyeksanya hingga hari kiamat.

3 Semasa di hari kiamat.
- Akan dibelenggu oleh Malaikat.
- Allah tidak memandangnya.
- Akan diazab dengan azab yang keras.


Rasulullah saw telah bersabda : "Sebaik baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada manusia yang lain".


Saya tahu saya belum cukup sempurna tetapi saya dalam proses memperbaiki dan muhasabah diri untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Sama sama kita mengejar redha Allah. Sama sama kita cuba dapatkan syurga Allah yang paling tinggi. InsyaAllah.


NnabilahR :)