Sunday, 24 March 2013

Masa

Masa ada 3 jenis iaitu masa silam, masa sekarang dan masa hadapan.

Masa silam.
Masa yang telah berlalu pergi tetapi sedikit sebanyak masih bermain diingatan. Walaupun ia sesuatu yang manis atau pahit untuk diingati tetapi ia tetap tersemat di minda. Peristiwa masa lampau kadang kala mengajar kita erti kehidupan sebenarnya. Pernahkah kita sedar dulu apa yang kita buat itu betul atau salah? Tidak. Pada masa itu, apa yang kita tahu adalah kita ingin merasai kebahagiaan walau apa pun cara sekalipun tetapi kita tak tahu adakah tindakan yang kita lakukan itu dapat membahagiakan orang lain atau tidak. Jawapannya tetap sama.

Masa sekarang.
Kita mula sedar apa yang pernah kita lalui dahulu. Kita cuba perbaiki diri kita untuk ke arah yang lebih baik. Apa yang kita lakukan pasti akan berfikir beribu ribu kali untuk memastikan ia adalah sesuatu yang tepat. Kita terus berjuang untuk mendapatkan suatu kemenangan agar tiada penyesalan di akhir nanti. Kita mula berpegang pada apa yang kita impikan dan terus mengapainya walaupun kita tahu banyak dugaan akan menimpa.

Masa hadapan.
Masa yang kita takkan tahu apa yang akan terjadi. Adakah ia sesuatu yang indah atau sebaliknya? Apa yang bermain di fikiran adalah satu, iaitu, mengapai apa saja yang kita belum capai. Kita akan sedaya upaya mengecapi cita cita yang terpendam sejak dulu. Kita akan merealisasikan dan membuktikan walau apa pun cerita hidup kita dulu, kita tetap boleh berjaya.

Percaturan, pergerakan, dan tindakan. Masa tidak pernah berhenti dan takkan berhenti sehingga ada kuasa yang akan memberhentikannya. Apa yang kita lalui tidak akan dapat dikembalikan tetapi apa yang ingin kita kecapi pasti ada dan menanti di hadapan. Walau pahit di hadapan sana, kita tetap harus berjuang. Kesabaran dalam apa jua kita lakukan pasti akan membuahkan hasil.

Teruslah sebarkan senyuman yang ikhlas walau dalam hati ada seribu perasaan yang kita pendam.
Orang lain tak pernah tahu apa yang kita simpan di dalam hati tetapi seseorang yang lebih mengenali pasti akan tahu kesulitan yang kita lalui.
Dia akan menjadi orang pertama tahu isi hati kita.
Dia Maha Megetahui dan Maha Penyayang.

Sabar, syukur dan doa.
Anda pasti akan berjaya dalam hidup dan juga di akhirat kelak. InsyaAllah.

NnabilahR :)