Bulan pertama dalam kalendar.
Bulan pertama dalam tahun baru.
Selama 31 hari ini, pelbagai rasa dan rencah kehidupan yang kita dah lalui.
Masam, masin, manis, pahit, tawar, tambah lagi satu pedas.
Itulah lumrah kehidupan boleh disamaertikan dengan rasa makanan.
Hidup kita sebulan nie sebenarnya dah boleh buat buku.
Buku yang mencatat apa yang kita lakukan setiap saat supaya kita sedar apa yang kita lakukan setiap saat detik jam itu bergerak. Antara sedar atau tidak pelbagai kenangan yang telah tercipta tetapi kita masih tak menghargai dan asyik teringat cerita yang sudah bertahun tahun lalu. Kenapa? Sebab anda rasa kenangan yang dulu lebih indah. Begitu? Kenapa kita perlu berfikiran begitu sedangkan semua kenangan yang tercipta itu sebenarnya terhasil dari kita sendiri. Kenapa? Kenangan yang lebih indah dapat dicipta jika kita sendiri inginkan. Jangan pernah mengeluh dalam kehidupan. Terus tersenyum.
Februari : Dah tibanya masa saya muncul sekarang ! Walaupun saya lahir tak cukup bulan tapi saya perlu dihargai.
Januari : Selamat Datang Februari. Gantikan tempat saya okaayy. Awak istimewa dan awak perlu tahu itu.
Februari : Terima Kasih Januari. Jumpa awak lagi tahun seterusnyaa. Kami akan sabar menanti awak kerana awak pembuka bagi semua bulan.
Januari : Sama sama kasih diterima. Awak bulan yang istimewa. Terlalu istimewa kerana awak hanya mampu beri kami hari yang sedikit dan awak jugalah mengajar kami menghargai hari yang hanya ada 28 atau 29 hari sahaja. Terima Kasih banyak banyak Februari.
Februari : Alhamdulillah. Kasih diterima.
Januari : Sudah tiba masanya saya undurkan diri.
Februari menjelma. Tahun nie Februari hanya ada 28 hari sahaja. Cipta kenangan yang paling manis dan anda pasti akan menghargai Februari.
Ohhh, saya tak sangka selama 31 hari nie pelbagai pengalaman baru yang tercipta.
Alhamdulillah.
Ya Allah, berkatilah hidup kami semua.
Amin.
NnabilahR :)