Wednesday, 23 January 2013

Secondary story

Tak tahu mimpi apa sampai nak bukak cerita lama.
Mungkin banyak baca orang sedih bila kawan baik kita tinggalkan sekolah. Mungkin.

Begin.
Dua kali aku pernah ditinggalkan oleh kawan baik aku sendiri.
Pertama, ketika aku baru sahaja baru nak menganjak ke tingkatan 1. Baru nak mengenali bagaimana cara hidup sekolah menengah. Dia hanya dapat bersama aku dalam beberapa hari sahaja. Dia teruskan perjuangan di sekolah asrama agama. Berbekalkan keputusan yang cemerlang, dia memang layak terima tawaran itu. Aku sahaja masih di sekolah biasa kerana keputusan yang tak seberapa. Aku terus menjalani hidup seperti biasa sehingga masuk ke tingkatan 2, aku mula rapat dengan seseorang tetapi sayang, naik sahaja ke tingakatan 3 kami dah tak sama kelas. Kami tetap bersama, walau kelas yang menjarakkan kami. Kami akan sentiasa berjumpa. Sentiasa bersama dia. Sentiasa.

Umur semakin meningkat. Tingkatan 4 juga alam baru bagi aku.
Ramai kawan kawan mengambil keputusan untuk berpindah sekolah. Aku dan dia tidak lepaskan peluang memohon sekolah yang sama. Kami juga sama sama buat rayuan, tapi sayang, dia sahaja yang layak. Aku masih di sekolah yang sama. Hampir setahun lebih aku tak dapat menerima keadaan ini. Hidup terumbang ambing. Semangat dah hilang. Sampaikan aktiviti sekolah aku langsung tak ceburi ketika tingkatan 4. Hidup aku ketika itu amatlah perit. Aku dari kelas Science IT bertukar ke kelas Ekonomi Asas. Aku yang rela hati minta tukar. Aku sedar kekurangan aku waktu itu. Mula menjejakkan kaki ke kelas itu, aku rasa kosong. Semua pandang serong dengan aku. Buah mulut manusia yang sering aku dengar, 'Kenapa masuk kelas ni?' 'Dah pandai nak masuk kelas ni'. Aku masih bertahan. Setahun aku di situ, tiada siapa tahu pedih di hati. Hanya kepada Allah aku bersujud berdoa. Sampai satu detik, pertengahan tahun tingkatan 5, baru aku rasa aku dihargai. Baru aku rasa dihormati dan disayangi.

Sekarang. Aku dah tak sekolah lagi. Aku masih bersama dia. Kami belajar bersama. Kami mencari pekerjaan bersama. Kami masih berhubung. Kami masih seperti dulu. Masih rapat. Alhamdulillah. :')

Peritnya hidup.
Percayalah kawan kawanku, Setiap perkara yang sedih akan diganti dengan perkara yang bahagia dan begitulah sebaliknyaa. Terus tanamkan sifat sabar. Sentiasa mengadu kepada-Nya. Hanya Dia pelindung kita. Hanya Dia sahaja tahu yang terbaik untuk kita.

Saya di sini ingin berkongsi. Saya bercerita berdasarkan pengalaman.
Saya faham perasaan orang yang ditinggalkan, tapi yakinlah bahawa dia tetap sayang kita walaupun dia ada kawan baru. Percayalah. 
Kerana dia kenal awak dahulu sebelum kawan dia itu. 
Terus tersenyum.
Percayalah, semua yang berlaku ada hikmah yang kita sendiri tak tahu.

Ya Allah, tabahkan hati kami dan kuatkanlah kesabaran dalam diri kami. Amin.

NnabilahR :)