Kehidupan seseorang ada pasang surutnya juga, ada kala bahagia, ada kala sedih.
Emosi seseorang akan sentiasa berubah berubah, tanpa mengira waktu dan tempat.
Tiba sahaja perasaan yang tidak diingini, kita akan rasa sedih.
Tiba sahaja perasaan yang diingini, kita akan berasa bahagia.
Kita sering terbaca atau tertanya,
'Kau dah berubah sekarang.' 'Kau dah lain sekarang.'
'Boleh tak kau berubah?' 'Kau tak sedar lagi ke?'
Okaayy, manusia. Kita nak berubah atau tak, tetap menjadi buah mulut orang.
Manusia takkan berhenti berbicara selagi mereka mampu berbicara.
Anda sendiri tahu dalam hidup, tiada manusia yang sempurna. Tiada.
Jadi, perlukah kita menghukum dia? Perlukah persoalan tersebut diutarakan?
Jawapannya, tidak.
Terima seseorang seadanya kerana apa yang anda lihat pada peribadi orang lain merupakan cermin pada anda.
Ia akan menjadi pantulan kepada kita.
Kita tidak mahu diri kita menjadi seperti mereka, tetapi setiap orang akan menjadi seperti mereka.
Bumi berbentuk spera, kalau dilihat begitu sahaja, ia seperti bulat.
Bulat. Sentiasa akan berputar, jadi apa yang kamu beri, kamu akan diberi kembali.
Belajar untuk menjadi seorang yg ikhlas.
Nilai keikhlasan itu yang akan dihitung oleh Allah, bukan nilai pemberian kita.
Diriku ini belum cukup dewasa untuk membicarakan tentang hal ini,
kerana aku sedar, aku belum sepenuhnya berubah tetapi aku tetap cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik. Banyak dugaan bagi orang yang ingin berubah dan dugaan itulah yang menguatkan diri kita.
Teruslah berdoa agar kita memperoleh hidayah dari-Nya.
InsyaAllah.
NnabilahR :)