Saturday, 12 January 2013

Ilmu

'Ilmu Allah sangat luas. Pelajarilah satu persatu kerana ilmu tak akan habis sampai kita mati.'

'Nak tahu ilmu Allah, celupkan jari dalam air dan tengok berapa banyak air yang menitis dan perhatikan air yang tinggal pada jari kita itu. Menipis jatuh banyak dan yang tinggal itu sikit. Ilmu Allah tak terhitung dan tak ternilai. Kita manusia nie hanya baru menguasai sikit je ilmu Allah, tapi kita dah belagak. Kita tak akan ingat banyak perkara dalam sekelip mata. Serupa macam air yang tinggal pada jari kita itu. Lama lama dia akan kering kalau kita tak manfaatkannya. Jadi, gunakanlah ilmu sebaik baiknya.'

Kata kata yang disampaikan oleh seseorang yang aku kagum dengan suaranya apabila dia mengalunkan ayat ayat Allah Yang Maha Agung. Suaranya cukup merdu. :')

Okaaayyy, dalam masa beberapa hari nie, aku terasa bahawa aku baru sahaja membuka lembaran baru. Lembaran menyambut tahun 2013. Masih tersemat di minda ketika 1.1.2013, aku hanya dapat menitiskan air mata kerana tidak tertanggung ujian yang aku pikul. Jadi, sekarang baru aku dapat rasakan tahun baru itu muncul. Tanpa disedari, umur aku semakin meningkat, perjalanan hidup akan berakhir bila bila masa sahaja. Aku mengisi masa aku dengan menghadiri kelas agama yang dijalankan di masjid. Semua pasal duit dan kerja, aku hentikan kerana aku sedar itu semua duniawi. Cukup laa dengan apa yang aku ada sekarang. Walaupun aku tak ada 'smartphone', 'whatsapp', 'bbm', 'instagram' tapi aku masih ada laptop dan telefon bimbit untuk berhubung. Cukup laa tu. Ilmu akan bantu aku bila aku mati nanti. InsyaAllah.

Kita hanya hamba di muka bumi ini. Dunia ini hanya persinggahan untuk kita. Dunia ini mempesonakan dan memukaukan tetapi itu semua hanya ujian buat kita. Jangan mudah terpedaya. Berpegang pada agama. Hidup berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Tetapkan iman pada agama Islam. Agama Islam merupakan agama yang menyelamatkan kita jika kita menjadi hamba yang mendapat redha Allah.

Tak perlu kejar pahala tetapi kejarlah redha Allah.
Redha Allah itu penting.
Anda akan tahu suatu hari nanti.

Semoga segala amalan dan amal ibadah kita diterima dan diredhai Allah.
InsyaAllah. 
Amin. 

NnabilahR :)