kita akan buntu, terdiam, keliru.
Semua orang pasti akan merasai, tak pernah terlepas.
Memang susah nak buat keputusan kerana kita nak keputusan yang kita tentukan itu betul betul tepat dan benar buat diriku.
Ibubapa. Dua insan yang berbeza. Dua insan yang mahukan yang terbaik untuk diri kita.
Mereka pasti akan menyokong kita walau apa jua yang kita telah lakukan pada mereka.
Mereka tak pernah mengeluh dan tak pernah mengenal erti penat.
Mereka merupakan dua insan yang telah banyak berkorban untuk kita.
dan sekarang, saya harus berkorban untuk mereka.
Cuba menjadi anak yang solehah dan paling baik di sisi mereka.
'Redha Allah datangnya dari redha ibubapa'.
Tak pernah lupa ayat ini sampai bila bila.
Aku telah buat keputusan.
Keputusan yang aku tak tahu jawapannya.
Keputusan yang aku sendiri tak pasti itu benar atau salah.
Keputusan yang aku sendiri tak tahu itu tepat atau tidak.
Aku akan terus menjalani kehidupan seperti biasa.
Aku akan sentiasa sujud kepada-Nya, terus berdoa kepada-Nya, terus meminta dan merintih kepada-Nya.
Hanya Dia sahaja yang tahu apa yang tepat benar dalam kehidupan seseorang.
Hanya Dia. Dia yang satu. Dia yang agung.
Aku akan kuatkan diriku untuk terima semua ini.
kerana aku tahu bukan aku seorang sahaja yang ada masalah tetapi orang di luar sana masih ada pelbagai masalah.
Bermacam macam dugaan yang mereka hadapi tetapi mereka tetap kuat.
Kuat seteguh iman seseorang yang baru bertaubat.
Kuat sangat.
Aku percaya yang aku pun boleh hadapi semua dugaan tetapi ia perlukan masa.
Masa yang kita tak tahu berapa lama.
Aku tetap akan mengajar diriku untuk terus kuat.
Doa kunci segala galanya.
'Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina. . . - Surah Al-Mu'minum : 60.'
InsyaAllah, Allah akan kabulkan doa kita.
Cepat atau lambat jangan persoalkan.
Terus kuat dan sabar.
:)
NnabilahR :)