Monday, 5 January 2015

Masing masing

Aku melihat kepada kawan kawan yang punya satu kumpulan.
Aku melihat kegembiraan yang terpapar di riak wajah mereka.
Aku melihat keseronokan mempunyai kawan yang ramai.

Aku mula menyedari yang selama ini aku tak pernah ada sekumpulan kawan yang ramai.
Aku mesti bergantung pada seorang kawan.
Dari aku mula tadika sehingga sekarang.

Bila munculnya kawan yang cukup cukup memahami. Aku cuba mempertahankan tetapi Allah lebih tahu isi hati seseorang. Allah lebih nampak apa yang berlaku. Mungkin ada yang nampak kita lain. Pelbagai cara orang melihat kita. Aku sedaya upaya untuk mengekalkan tetapi aku tak mampu.

Pernah dengar mungkin kata kata ini,
"Jika seseorang itu tidak suka pada kita, apa apa yang kita lakukan mungkin tidak dapat diterima olehnya. Hanya Allah dapat mengubah hatinya."
Hanya Yang Maha Esa dapat melembutkan hati dia. Berdoa dan terus berdoa. Tidak salah kita untuk kita meminta pada-Nya untuk pulihkan keadaan,
Pernah percaya yang keajaiban akan berlaku atas kehendak-Nya?

Mungkin aku masih menagih kasih pada kawan kawan yang sudah punya kawan sendiri. Tetapi itu tidak salah kerana satu hari nanti mungkin pasti ada hikmah atas segala galanya. Mungkin kita tidak sedar. Mungkin Allah ada jalan-Nya yang tersembunyi yang mengajar kita untuk sabar.

Hidup kita dekat dunia sekejap sahaja.
Aku mohon sejuta kemaafan. Aku merayu seribu keampunan.

Aku tetap manusia yang melakukan kesalahan dan dosa.


Kawan, boleh kita berkenalan?