Kita mungkin ada tempat untuk kita bergurau manja.
Kita mungkin ada teman yang dapat melayan kerenah manja.
Aku rindu untuk dimanjakan. Aku rindu untuk dilayan seperti budak budak. Aku rindu untuk bermain main tanpa pedulikan perasaan orang dan tanpa mengguriskan perasaan siapa siapa. Aku rindu untuk bercakap banyak tanpa berfikir apa yang akan terjadi. Aku rindu segala perangai gila aku.
Sejak aku mula mengenali orang baru, aku mula menyedari yang ia sukar untuk menjadi rapat. Sukar untuk menyesuaikan diri seperti sudah lama mengenali kerana aku tak mudah untuk berkongsi cerita. Aku lebih untuk mendengar dari bercerita.
Aku penat kerana tidak dapat menjadi diri aku. Aku penat untuk terus diam. Aku penat dengan segala situasi yang aku harus jika aku bersuara menyatakan kenyataan. Bagi aku, jika kita memberitahu segala kenyataan kepada sesorang itu, mungkin dia tidak menerima. Tidak semua benda orang akan faham. Tidak semua orang jalani apa yang kita sedang kita alami.
Aku sudah tidak mampu menjadi diri aku yang dulu. Aku lebih senang begini. Aku lebih bahagia begini. Keseorangan seperti dulu kala kembali.
Penat.
NnabilahR :)