Pernah rasa berat untuk tinggalkan sesuatu yang kita dah terbiasa?
Pernah rasa hari yang kita lalui tak gembira seperti selalu apabila kita tak buat perkara yang kita sudah terbiasa?
Semua orang pasti ada sesuatu perkara yang membuatkan dirinya semangat untuk menempuh masa yang berdetik dalam sehari. Kadang kala seseorang itu akan menanti seseorang untuk menegurnya. Kadang kala seseorang itu hanya melihat perkembangan seseorang itu melalui laman sosial. Kadang kala seseorang akan menanti kehadiran seorang teman untuk berbual, untuk mengisi kekosongan di hati, dan untuk menceriakan harinya.
Pernah kita sedar seseorang itu sakit menanggung rindu?
Seseorang itu takkan sedar selagi kita tak meluahkan rasa tetapi mungkin dia dapat rasakan apa yang kita. Mungkin. Tak semua akan merasai apa yang kita rasa. Mungkin kita sayang dia lebih dari kita sayang orang lain tetapi dia hanya menyayangi kita tidak sedalam sayang kita. Setiap orang ada jalan cerita hidup mereka masing masing jadi jangan pernah kita berfikir lebih dari jangkauan kerana ia akan lebih mengecewakan kita.
Kita tak akan mampu mengubah sesuatu yang menjadi kebiasaan seseorang. Walaupun kita cuba mengharapkan lebih atau mengharapkan dapat buat sesuatu yang baru, ia mungkin tidak takkan berjaya. Pernah dengar orang mengatakan, apa yang kita harapkan, tak mudah untuk kita dapatkan. Mungkin dengan doa, usaha dan tawakal sahaja yang dapat membantu kita kecapi sesuatu yang kita harapkan. Itulah kunci yang harus kita pegang.
Pernah kita rasa apabila kita terjaga dari tidur, kita mengharapkan seseorang telah menanti kita. Menanti untuk berbual, untuk berkongsi cerita dan untuk menceriakan hari kita. Pernah?
Semua orang akan menjawab ye pada soalan itu kerana perkara itu satu satunya buatkan dia sedar bahawa dirinya begitu penting pada orang itu. Semua orang mahukan dirinya dihargai. Semua orang mahukan dirinya dijaga. Semua orang mahukan dirinya sentiasa diambil berat oleh seseorang. Tapi apa yang dapat kita lakukan jika sebenarnya dalam hidup ini kita perlu belajar untuk menyayangi diri kita sendiri dahulu. Hidup ini kita perlu belajar untuk terima kenyataan yang perit dan pedih. Jangan terlalu mengharapkan belas kasihan seorang insan kerana semua manusia akan datang dan pergi dalam hidup kita.
Hidup mengajar kita untuk terus bertahan. Bertahan dengan semua yang akan dilalui, dengan semua yang pernah kita lalui dan dengan semua kebenaran yang menyakitkan. Bertahanlah selagi mampu. Carilah Yang Maha Esa. Bergantunglah pada doa kepadaNya. Sayanglah Yang Maha Pencipta lebih dari sayang seorang manusia.
NnabilahR :)