Friday, 4 January 2013

Kerja

Tak siapa tahu maksud disebaliknya jika tak merasainya sendiri.
Sejujurnya saya katakan, tiada kerja yang memenatkan dan tiada kerja yang memeritkan.
Semua kerja yang kita lakukan ada penat, ada perit dan pedih.

Saya sudah mempunyai pengalaman itu dan saya cuba untuk belajar bertahan.
Tapi, saya tak kuat macam orang lain.
Ia membuatkan saya lagi jatuh dan jatuh.
Tak mampu berdiri, tak mampu bertahan.
Sehingga satu detik saya buat keputusan, keputusan yang saya tak pasti itu adalah benar atau salah.

Saya cuba mencari jawapan yang tepat dan terus berdoa.
Tapi, hampa.
Tiada jawapan yang tepat saya dapat, jadi saya buat keputusan sendiri.

Jika saya menyesal sekali pun, saya tetap kena kuat dan tabah,
kerana semua keputusan yang saya katakan, atas dasar diri sendiri.

Saya berharap agar tiada penyesalan akan muncul dalam diri saya.
InsyaAllah.

Ya Allah, bantulah hambamu ini. :'(
Tanamlah sifat sabar dan tabah dalam diriku ini. 
Amin.

NnabilahR :)