Friday, 28 December 2012

Hubungan

Pertalian yang telah terjalin.
Ia akan mencecah 2 tahun, nak hampir 2 tahun.

Kami telah lama bersama, pelbagai kenangan telah kami cipta.
Walaupun ianya hanya sekadar dalam peti simpanan ringkas (SMS) tetapi itu sudah cukup membahagiakan aku.

'This is secret relationship'.
Hanya orang tertentu sahaja yang tahu cerita kami.
Kami hanya berhubung dalam peti simpanan ringkas.
Tak perlu macam orang, jumpa setiap hari, ber'skype', bergayut berjam jam.
Kami simple. Peti simpanan ringkas menyuarakan segala galanya.
Pertalian yang lama dan panjang, tapi kami tak pernah sedar.
Mula jatuh cinta di saat sudah satu tahun perkenalan.
Cinta datang dan hadir tanpa disedari.
Aku menerimanya dan dia menerima aku.

Hampir 2 tahun menjalin hubungan dan 2 kali juga kami pernah bersua muka.
Duduk sebelah, berdepan, menatap wajah, senyum, membisu, gelak ketawa.
Hanya sekadar 2 kali tetapi itu membuatkan kami sabar dan terus sabar.
Bersabar agar ada satu detik nanti kami akan bersama dan bersua muka tiap tiap hari macam orang lain.
Aku tetap berdoa dan sentiasa berdoa agar aku dapat berjumpa dengan dia.
Tanpa henti. :)

Dia tahu segalanya, dia mengajar benda yang aku tak tahu, dia sentiasa ada, dia tetap akan mengingati aku walau susah dan senang, dia sabar melayan kerenah aku, dia istimewa bagi aku.

Triple R gelaran dia.
Nama penuhnya.
Nama yang aku letak dalam telefon bimbitku.
Melihat namanya tertera dan muncul membuatkan senyuman di wajahku bertambah ceria.

He's great, awesome and amazing man. :D
Triple R, terima kasih kerana menerima kehadiranku dan menerimaku seadanya.
Terima Kasih :)

Berharap hubungan kami kekal selamanyaa walau pelbagai dugaan yang menimpa kami.
InsyaAllah.

NnabilahR :)