Start!
First of all, semua novel sama ada bahasa melayu atau bahasa inggeris adalah ilmu bagi kita. Walaupun terkadang isi kandungan agak teruk atau tidak masuk akal tetapi ia juga ilmu. Penulis novel perlu tahu untuk menyebarkan ilmu ada pelbagai cara. Berbagai bagai kaedah boleh diselitkan untuk bacaan ramai. Ilmu perubatan, ilmu sains, ilmu akhirat. Semua itu boleh dicatat atau ditulis dalam sebuah buku seterusnya akan membuka mata pembaca tentang sesuatu.
Novel tebal atau nipis bukan persoalannya, tetapi isi menjadi persoalan pembaca. Pembaca akan melihat pada tajuk novel, sinopsis novel, memahami sedikit sebanyak isi sinopsis itu. Seterusnya, mereka akan memilih novel yang membuat hati mereka terbuka. Pembaca hanya ingin duit yang mereka korbankan itu dipulangkan dengan ilmu yang mereka sangka mereka tahu sedangkan mereka baru tahu tentang perkara tersebut. Faham tak Faham tak?! :D *try to understand okaayy. :)
Bagi saya selama saya membaca novel, banyak ilmu yang saya sudah pelajari. Termasuk laa bidang di peringkat universiti. Tentang perniagaan, penjagaan kanak kanak, perubatan, sains. Semuanyaaa. Banyak!
Tak salah nak baca novel beribu atau berjuta sekali pun tetapi kita harus sedar bahawa pendapat orang lain sangat sangat berbeza dengan kita. Jadi, kita harus bahagikan masa untuk bekerja dan membaca novel.
Terus martabatkan dunia novel kita. :D
NnabilahR :)