Sunday, 9 December 2012

Learn it ~ SORRY.

MAAF !
Satu perkataan yang memberi banyak maksud yang tiada siapa tahu apa atau kenapa harus diungkapkan. Kita tak boleh marah pada seseorang yang selalu meminta tetapi marahlah kepada seseorang yang tidak pernah meminta maaf. Pandangan setiap manusia sangat berbeza, bak kata pepatah 'rambut sama hitam, hati lain lain'. Kita mungkin fikir yang kita langsung tak buat salah pada sesiapa, tetapi kita harus sedar bahawa dalam hati seseorang itu pasti ada menyimpan satu perasaan. Kemarahan. Sifat ini boleh diubah dengan satu perkataan, MAAF!. Semua pasti tahu yang sifat meminta maaf adalah nilai murni yang seharusnya diterapkan dari kecil tetapi kebanyakkan mengambil endah tak endah sahaja kerana mereka tahu bahawa diri mereka sahaja yang betul. Tak semua benda yang kita lakukan dapat puaskan hati seseorang dan tak semua perkara yang kita lakukan dapat membahagiakan seseroang. Belajarlah dari kesilapan. Didik diri kita sama sama untuk meminta maaf dan saling memaafkan. Amalan mulia dapat dibentuk jika kita berusaha untuk ke arah itu.

Saya juga ingin meminta maaf kepada semua orang sama ada kesilapan saya tu secara langsung atau tidak langsung. 

SAYA MINTA MAAF ! :)



NnabilahR :)