Aku mula teringat saat aku mulakan hidup sebagai seorang pelajar ke peringkat yang lebih tinggi. Aku tidak hadir bersama keluarga aku. Aku mula mula tercari seseorang yang sudi berkawan dengan aku. Aku mula merasa kasih sayang yang diberi. Hidup berjauhan memang perit pada mulanya, tetapi itulah satu pengajaran yang perlu kita rasa. Aku mula rapat, mula mengenali mereka, dan mula cipta kenangan bersama. Kenangan yang akan terus bermain di minda di kala aku kesunyian.
Jujur, aku mengaku aku tak mampu perbaiki sebuah persahabatan. Aku masih teringat pada zaman sekolah dahulu. Aku susah untuk mengekalkan persahabatan. Aku tahu ada kawan yang datang dan pergi. Aku tahu puncanya dari aku yang tidak bijak untuk bergaul dengan sesiapa. Aku kuatkan diri untuk terima apa yang aku lalui.
Kini. Aku tak boleh mengharapkan apa apa. Aku mampu melepaskannya dengan air mata. Aku tak mampu mengubah apa apa. Jika kewujudan aku menjadi punca semua ini berlaku, mungkin aku harus undurkan diri. Tiada sesiapa lagi ingin mendengar kata maaf dari aku. Hanya Allah sahaja tahu niat aku. Hanya Allah yang mampu membaca isi hati aku.
Terlalu berat untuk aku menerima dugaan sebeasar ini, tetapi apa yang aku mampu lakukan. Berserah. Pasrah. Mungkin dugaan yang aku lalui untuk menyedarkan aku tentang salah silap aku selama ini.
Wahai sabahat, aku ingin menyatakan kata maaf yang sejujur jujurnya. Maafkan aku.
NnabilahR :)