Wednesday, 26 December 2012

Sakit

Ia akan hadir tanpa diduga.
Ia akan membuatkan tubuh kita tidak bermaya.
Ia akan membuatkan kita derita menghadapinya.
Ia hadir dalam pelbagai cara yang kita tak sedar.

Setiap orang akan merasai sakit walaupun ia hanya luka kecil akibat terjatuh atau terkena pisau, itu juga dipanggil sakit. Kita tak mengharapkan ia. Kita tak pernah berdoa untuk merasai keperitan. Kita sentiasa berdoa untuk merasai kebahagiaan dan kehidupan yang sempurna. Tanpa kita duga perit, pedih dan luka itu muncul dalam hidup seterusnya ia merosakkan semua rancangan kita. Jangan pernah fikir begitu kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Kita sering dengar orang berkata bahawa sakit putus cinta, bercerai, bergaduh adalah sakit yang paling dan teramat pedih untuk ditelan. Ia juga tak boleh diubati dengan ubat yang ada di hospital hospital besar. Ubat yang satu satunya mustajab adalah agama kita. Agama yang kita percaya dan berpegang kepada-Nya. Sujud dan berdoa kepada-Nya agar dia dapat mengurangkan rasa pedih itu. Kita harus sedar bahawa cinta yang abadi itu hadirnya dari cinta IIlahi. Redha dari-Nya harus kita kecapi dahulu.

Saya sedar saya tak layak untuk berbicara tentang ini tetapi setiap orang mempunyai hak masing masing untuk berkongsi dan meluahkan. Cuma tempat dan masa yang perlu dititikberatkan sebelum membuka mulut. Sekali kita salah tempat dan masa, sekali kita akan menyesal. Waktu yang bergerak tidak dapat diputarkan kembali.

Jadikan hari hari yang anda lalui dengan senyuman yang ikhlas, 
menerima pendapat dan pandangan orang,
betulkan diri kita dahulu sebelum melihat orang lain.

Belajar menghargai dan menghormati orang lain,
sebelum anda ingin dihargai dan dihormati.
:)

NnabilahR :)